SUNNAH: Februari 2014

Translate

Minggu, 02 Februari 2014

Permulaan Terjadinya Li’an dalam Sejarah Islam

 

Permulaan Terjadinya Li’an dalam Sejarah Islam

Ketika Nabi baru kembali dari tabuk, terjadi peristiwa li’an antara sepasang suami isteri dalam kalangan sahabat Nabi. Ceritanya dinyatakan seperti berikut.

Uwaimir al-Ajlani menuduh isterinya Khaulah binti Qais (sepupu Uwaimir sendiri) berzina dengan Syarik bin Sahmaa. Dia berkata kepada orang ramai, “Aku mengetahui sendiri Syarik bin Shahmaa pernah berada di atas perut Khaulah. Oleh itu, lebih kurang 4 bulan aku tidak menghamprinya (Khaulah).”

Apabila mendengar berita itu, Nabi memanggil Uwaimir. Baginda berkata kepada Uwaimir, “Takutlah engkau kepada Allah tentang urusan isterimu. Janganlah engkau menuduhnya berbuat jahat tanpa bukti”.

Uwaimir menjawab, “Wahai Rasulallah, aku bersumpah dengan nama Allah melihat sendiri Syarik berada di atas perut Khaulah. Jadi sudah lebih kurang 4 bulan aku tidak mendekatinya.”

Sesudah melihat ketegasan Uwaimir, Nabi memanggil pula Khaulah. Baginda berkata kepada Khaulah, “Takutklah kamu kepada Allah. Jangan beritahu aku selain apa yang kau lakukan.”

Khaulah menjawab, “Wahai Rasulallah, Uwaimir ini seorang lelaki yang sangat cemburu. Suatu malam dia pulang bersama Syarik. Mereka bercakap-cakap sehingga lewat malam lalu dia merasa cemburu kepada aku tanpa berfikir panjang.”

Setelah mendegar keterangan Khaulah itu, Nabi bertanya lagi kepadaa Uwaimir mengenai isterinya itu. Uwaimir tetap dengan pendiriannya dan tidak mengakui kata-kata isterinya. Lantaran itu, Allah telah menurunkan wahyu kepada baginda :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedangkan dia tidak mempunyai saksi-saksi selain dariapada dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu 4 kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia daripada orang-orang yang benar.

Dan sumpah yang ke-5  hendaklah dia berkata bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya  jika dia daripada orang yang dusta.

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa bagi isterinya, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, 4 kali,suaminya itu adalah daripada orang-orang yang berdusta; Dan sumpah yang ke-5 hendaklah dia berkata, kemurkaan Allah akan mengeluarkan dirinya jika suaminya daripada- orang-orang yang benar.”

(an-Nur:6-9)

Seterusnya, usai kaum Muslimin mengerjakan solat Asar berjemaah di masjid, Nabi menyuruh mereka berkumpul bagi mendengar keputusan tentang tuduhan Uwaimir ke atas isterinya. Sesudah mereka berkumpul, Nabi menyuruh Uwaimir mengucapkan, “Aku bersaksi dengan nama Allah, Khaulah berzina dan aku termasuk orang-orang yang benar. Aku bersaksi dengan nama Allah, aku melihat sendiri Syarik di atas perut Khaulah dan aku termasuk orang-orang yang beanr. Aku bersaksi dengan nama Allah, Aku tidak mendekatinya selama 4 bulan dan saya termasuk orang-orang yang benar. Laknat Allah itu dijatuhkan ke atas Uwaimir jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.”

Lalu Uwaimir mengucapkan pernyataan itu, Setelah itu, Nabi memerintahkan Uwaimir duduk. Baginda memanggil Khaulah dan meminta Kahulah berdiri. Baginda memerintahkan Khaulah mengucapkan, “Aku bersaksi dengan nama Allah , aku tidak berzina dan Uwaimir termasuk orang-orang yang berdusta. Aku bersaksi dengan nama Allah, Uwaimir tidak pernah melihat Syarik di atas perutku dan dia termasuk orang-orang yang berdusta. Aku bersaksi dengan nama Allah, aku hamil dengan sebab Uwaimir  dan dia termasuk orang-orang yang berdusta. Aku bersaksi dengan nama Allah, Uwaimir tidak pernah melihat aku  melakukan kejahatan dan dai termasauk orang-orang yang berdusta. Kemurkaan Alllah dijatuhkan ke atas Khaulah jika Uwaimir termasuk orang-orang yang benar.”

Lalu Khaulah mengucapkan pernyataan itu.

Selanjutnya Nabi menceraikan Uwaimir dan Khaulah. Nabi memberi peringatan kepda Uwaimir dengan katanya, “Sudah tiada jalan bagi kamu mencampurinya.”

Selanjutnya urusan antara Uwaimir dan isterinya itu diserahkan kepada Allah kerana Dia mengetahui keadaan yang sebenrnya. Kemudian Nabi berkata, “Jika anak itu lahir dengan rupa begini …, Uwaimir yang benar. Jika dia lahir dengan begini, …, Uwaimir yang berdusta.”

Baca juga: li'an

Demikinlah kesah yang dicatatkan mengenai permulaan kejadian saling mengutuk antara suami isteri dalam sejarah Islam. Kejadian mengutuk ini dinamakan dengan mulaanah. Si suami menuduh isterinya berbuat dengan seorang lelaki  sedangkan si isteri pula menafikannya. Ada pun apa yang berlaku pada hari ini, adalah pelbagai kes li’an dan para ulama’ dan fuqaha’ akan bersandarkan kepada hukum asal yang telah berlaku pada zaman Nabi, berdasarkan apa yang tercatat dalam al-Quran dan al-Hadis sebagai sumber utama, seterusnya qiyas, dan ijtima’ serta ijitihad para ulama’. Wallahu’alam.